Updating..

Leave a comment

Assalamualaikum warahmatullah,

dah lama tak update blog ini..

Ada banyak perkara telah berlaku sejak kali terakhir blog dikemaskinikan (last update pada 21 Julai) ;

1. Menghadiri PPN Khas JIM di SM Teknik Gombak pada 24 Julai 2010

2. Buka gerai Aqsa Syarif di Pondok Pinang Merah, Paka pada 25 Julai 2010

3. Program KBM di SMK Air Putih untuk pelajar asrama tingkatan 3-5 pada 30-31 Julai 2010

4. Ceramah palestin di IMTIAZ Dungun pada 31 Julai 2010

5. Bantu Pak Lang Mokri di KBM Guru untuk guru guru SRI Al Amin Kerteh pada 6-7 Ogos 2010

6. KBM Kembali di SMK Air Putih, bagi kuliah maghrib di surau asrama sekolah pada 9 Ogos 2010

7. Kelahiran cahaya mata sulung pada 17 Ramadhan 1431H / 27 oktober 2010. Namanya Ikram Muqri bin Mohd Sufian.

Buka gerai Aqsa Syarif di SRIAAD

1 Comment

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini (20 Julai), kami ke Sek Ren Islam Al Amin Dungun atas jemputan guru besar sekolah memeriahkan hari kecerian dan keselamatan SRIAAD 2010. Kami datang dengan satu identiti iaitu AQSA SYARIF.

Aqsa Syarif adalah satu NGO yang memperjuangkan kebebasan palestin dari cengkaman zionis laknatullah. Lagi mengenai Aqsa Syarif, klik sini

Kami tiba di sekolah sekitar jam 8.30 pagi, suasananya sungguh ceria dan ada gerai lain yang turut dibuka seperti gerai dari BOMBA Dungun, Jabatan Pertanian yang beri benih tanaman percuma, gerai jualan air dan makanan serta ada demosntrasi menyelamat dari JPA.

Gerai Aqsa Syarif di SRIAAD pada hari keceriaan dan keselamatan SRIAAD 2010

susun jangan tak susun:) produk menarik dari KrafHati

Sempat bergambar dengan Puan Hjh Khadijah Atan:)

Mengira sumbangan untuk Palestin yang diperolehi dari pengunjung yang datang. Cuba

teka berapa jumlahnya?

bergambar kenangan sebelum pulang:)

Memang ramai pengunjung yang datang, barangan Aqsa Syarif pun hampir habis terjual. dan kutipan sumbangan untuk Palestin berjumlah RM520. Program tamat sekitar jam 12.30 tgh hari.

Buku “Tarbiyah dari Gunung” telah diterbitkan dengan selamatnya!

Leave a comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom kita tengok gambar kulit buku di bawah ini dulu ;

Inilah buku yang mana aku adalah pengurus penerbitannya.

Tak percaya? tengok gambar ini pula :

Percayalah!:)

Pertamanya, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya buku ini telah berjaya diterbitkan setelah segala susah payah berbincang dengan penyusun(Hjh Azmi), mengumpul gambar, mencari modal untuk penerbitan, berbincang dengan penerbit dan pelbagai lagi rintangan rintangan yang dihadapi. Kini tinggal hanya nak jual pula🙂

Sebenarnya, peluang untuk aku menjadi pengurus penebit buku ini adalah disebabkan aku adalah Pengerusi Penerangan JIM negeri Terengganu @ JIMedia Terengganu. Jika bukan kerana amanah yang aku pegang itu, buku ini tetap akan diterbitkan juga oleh orang lain yang memegang amanah tersebut. Namun, Allah telah memilih diriku untuk melalui semua usaha usaha penerbitan buku ini🙂

Sinopsis buku ini :

”      Tarbiyah dari Gunung merupakan kompilasi catatan pengalaman “tidak jumpa jalan” di Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun yang dilalui oleh ahli JIM Terengganu. Tarbiyah yang dilalui selama ini telah diuji oleh Allah di Chemerong. Bagaimana kehebatan manusia merancang dan menyusun, tidak dapat sama sekali menandingi kebijaksanaan Allah menyusun dan merancang.

Firman Allah :

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,’kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut:2

Pengalaman ini telah membuktikan ikatan ukhuwah semua ahli ekspedisi yang padu dan jitu      “

Secara peribadi, ini adalah usaha kedua aku dalam bidang penulisan setelah salah satu penulisan aku dalam blog derujimpahang07.blogspot.com telah dipilih untuk dimasukkan dalam buku “Risalah Pemimpin 9 : Idealisme dan kematangan memacu agenda perubahan” yang diterbitkan sempena Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2008 JIM. Pastinya ini akan menjadi motivasi kepada diriku sendiri untuk terus menghasilkan lagi penulisan penulisan yang baik dan berguna.

Sesiapa yang berminat nak beli buku ini boleh sms aku, 019 939 8220.

Harga buku = RM15 senaskah.

Terima kasih ya Allah atas peluang yang telah Engkau kurniakan ini!

Persediaan menyambut orang baru :)

Leave a comment

Assalamualaikum warahmatullah, Insyaallah, 2 bulan lagi ‘orang baru’ akan tiba dalam hidup kami. Menyambut cahaya mata yang sulung adalah satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. Jadi, kena la ready dengan keperluan keperluan untuk menyambut amanah Allah yang besar ini🙂

Baju? cukup ke 3 pasang?

dulu masa kecik aku yang pakai, sekarang anak aku plak yang pakai!

perkara asas yang perlu ada

buaian ? beli awal awal. mana la tau nanti habis stok:) haha

bantal dan ‘adik beradiknya’

Antara buku yang sempat aku belikan untuk isteriku..untuk tambah ilmu agar lebih bersedia

bakul untuk isi barang barang

Dan yang paling penting sekali adalah :

Sudah pasti petunjuk yang hakiki, AL QURANUL KAREEM. Agar zuriat yang bakal lahir ini mewarisi perjuangan para rasul dan anbiya. Ameen ya Rabb

Ada lagi ke barang yang tertinggal?hmm…

Keindahan Bersama Mu (KBM) kembali ke politeknik

Leave a comment

Assalamualaikum,

Pada 25-26 Jun lalu, program motivasi bersepadu iaitu KBM telah kembali semula ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) untuk kali ke-7. PSMZA adalah tempat di mana aku ‘bertapa’ selama 3 tahun untuk diploma aku (2002-2005). Memang ada banyak kenangan apabila setiap kali datang ke poli ni. Dulu namanya P.D.T > Politeknik Dungun Terengganu. Motonya juga P.D.T > Perkasa Dengan Teknologi dan Iman..Namun, sejak 2006, ianya dikenali sebagai PSMZA > Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kali ini berKBM dengan pelajar perempuan semester 1 yang baru mendaftar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) seramai lebih kurang 150 orang bertempat di Dewan Besar PSMZA yang serba canggih

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Walaupun pada jam 9 pagi tiba tiba seluruh poli black out, program tetap berjalan dengan lancar sehinggalah elektrik pulih semula pada jam 4 petang.

Ketua Jabatan JKM, Ayahanda Tuan Haji Abdul Karim Awang Kechik sempat bersama untuk majlis penutup yang ringkas.

Malas la pula nak tulis panjang-panjang, nak tengok gambar aktiviti yang kami buat, silalah ke facebook aku

Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang.baca lagi tentang KBM disini

Dibawah ini adalah jadual KBM untuk minggu-minggu seterusnya :

2-3 Julai  – KBM PSMZA bersama pelajar lelaki semester 1 JKM

16-17 Julai – KBM PSMZA bersama pelajar lelaki semester 1 JKM edisi ke-2

23-24  Julai – KBM di SM Sains Dungun untuk pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5

Sekian, doakan semoga semuanya berjalan lancar dan melahirkan remaja remaja yang taat kepada Allah dan Rasulnya:)

Ameen ya Rabb

Lagu IKRAM – Ukhuwah Teras Kegemilangan

1 Comment

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Semangat dakwah terus membara!

Leave a comment

Assalamualaikum,

Hari ini aku sempat menyelitkan diri aku dalam satu sejarah besar Jamaah dakwah di Malaysia. iaitu di Majlis pelancaran IKRAM Malaysia (IKRAM) di MICC, Mines Resort City.

Aku adalah salah seorang dari lebih 5500 orang ikhwah dan akhawat yang hadir dalam majlis yang penuh gilang gemilang ini. Apa itu IKRAM ye? boleh baca di sini

Semasa persiapan dewan

MIECC, memang besar betul dewan tu

Antara sahabatku yang hadir, Fahzan Adli dan Abang Irfan

Bersama Pak Long Radin dan Mus’ab

ikhwah yang hadir.Ramai!

Akhawat yang hadir.Lagi Ramai!!

Sempat bertemu sahabat lama semenjak dari zaman persekolahan di SM Teknik Terengganu, Nazram

Turut hadir, penulis buku Al Muntalaq, Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rashid

Sempat bergambar bersama Ustaz Tajul Ariffin yang juga AJK IKRAM Pusat

Bergambar bersama Naib Presiden IKRAM, Syed Ibrahim Syed Noh.

Istimewa! Coklat Aqsa Syarif

Older Entries