Sebelum ceramah bermula.., originally uploaded by sufimardhatillah.

Pada pagi Ahad 16 Mei 2010, aku menerima panggilan telefon dari Ustaz Lokman Awang (AQSA SYARIF Terengganu).Beliau memintaku untuk menyampaikan ceramah palestin di SMT Dungun. Tarikhnya 18 Mei 2010, hari Selasa, jam 3.00 petang. Pesertanya adalah semua pelajar asrama. Aku pun mengiyakannya sambil mengangguk. Dah lama tak bagi ceramah palestin ni. Nampaknya kena la buat ulangkaji skit.


Aku scroll down satu persatu slide presentation palestin yang pernah aku gunakan awal tahun lepas, iaitu semasa Gaza diserang teruk oleh Israel yang mana pada ketika itu seluruh dunia menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Selasa, 18 Mei. Aku bertolak dari Kerteh jam 12.00 tgh hari selepas selesai kerja di Kemaman. Solat Zohor di Dungun, dan kemudian masuk ke perkarangan sekolah dan parking kereta di depan dewan.

Suasana sekolah begitu riuh sekali dengan pelajr yang berpakaian uniform kelab persatuan masing masing. Semua pelajar berkumpul di dalam dewan. Semuanya duduk diatas lantai. Dan Aku mula setting komputer dan projektor. Jam menunjukkan 3.15 ptg. Dah boleh mula ni, hatiku berbisik.

Jadi Aku memulakan ceramah dengan ucapan salam, kemudian mainkan video We Will Not Go Down. Semangat skit budak budak ni. Kemudian ceramah bermula. Masa diberi sehingga 4.30 pm. “tak cukup masa ni”..hatiku berbisik. Sempat ke 1 jam nak terangkan semua ni? tawakkal ajelah kepada Allah

Di belakang dewan Mus’ab dan adiknya, Munzir mula menyusun barang2 eksklusif Aqsa Syarif. Ceramah diselang selikan dengan tayangan video, kemudian aku menerangkan kisah di sebalik perang dunia pertama dan kesannya kepada Palestin, kenapa negara Arab berpecah dan apa itu Zionis.

Sedar tak sedar jam dah 4.30 ptg. Dah terima isyarat utk berhenti. Sebgai kesimpulannya, aku terangkan apa tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap dari kita. Kembali lah kepada ajaran Islam yg sebenar, BOIKOT barangan yg membantu Zionis, sumbanglah walau sedikit dan jangan lupa berdoa.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput Aqsa Syarif utk berprogram di SMT Dungun. Laku juga barangan Aqsa Syarif pada hari itu. Semoga ingatan adik adik ini kepada Palestin akan berkekalan.

Wassalam.