DSCN4992

Salam,
Pada 22 Mei lalu, sekolah dimana isteriku mengajar menganjurkan hari keluarga dan sambutan hari guru 2010 bertempat di pantai Rantau Petronas. Program adalah anjuran ALP Sekolah Rendah Islam Al Amin Kerteh dan Tadika An Nur Kerteh.

Program dijadualkan bermula seawal jam 7.00 pagi. Kami sampai di pantai sekitar jam 7.20 pagi. Kelihatan beberapa orang yang ku kenali sudah berada di situ. Ada juga yang tak ku kenali. Kemudian, tibalah ramai lagi guru2 dan keluarga2 yang mengambil bahagian.

P1010820
Programnya santai. Lelaki ditugaskan memasak. Pada mulanya, aku diamanahkan untuk mengetuai acara riadhah dan sukan oleh Pakcik Roslan. Namun, entah macam mana, semacam tiada sambutan. Semua orang sibuk dan menyibukkan diri membantu persiapan BBQ. Akhirnya aku tinggalkan bola dan turut serta dengan ‘orang dapur’.

P1010806
Pakcik Redzuan ditugaskan untuk mengelolakan acara cabutan bertuah. Dengan bantuan laptop kesayangannya, cabutan bertuah kami pada hari itu agak canggih dan meriah. (nampak macam buat kerja pejabat je..)

P1010795
Ini adalah gambar 2 orang putera kepada pasangan Mualim Roselan dan Mlmh Siti Mariam. Sempat lagi baca buku sementara menantikan ayam masak.

P1010813
Kaum Hawa berehat sambil lepak lepak menantikan sarapan pagi yang sedang disediakan oleh pihak lelaki🙂

P1010826
Antara kaum kerabat guru guru Tadika An Nur (TAN) yang menyertai rehlah keluarga kali ini

DSCN5007

DSCN5004
Selepas makan, kaum lelaki terus ke padang pasir pantai untuk acara bola sepak dan kaum wanita main permainan yang memang menceriakan!

P1010829

Selepas itu, acara penyampaian hadiah penghargaan kepada guru guru sempena hari guru diselang selikan dengan acara cabutan bertuah. Diriku bertuah juga nampaknya kali ini. Dalam percubaan nak melelapkan mata dek kerana terlalu letih bermain bola, tiba tiba namaku dipanggil. Secara spontan terus tak jadi tidur:)

Program diakhiri dengan KULTUM (Kuliah 7 minit) yang disampaikan oleh Ustaz Muzahar. Ustaz Muzahar membawa semua yang hadir untuk mengingati semula bahawa setiap amalan amalan yang kita lakukan di dunia ini akan dibawa ke hadapan Allah.

Program selesai sekitar jam 12.00 tengah hari. hari yang panas mula kelihatan mendung sedikit. Aku pulang kerumah dan tidak sampai setengah jam aku berada di rumah, hujan pun turun dengan lebatnya membasahi bumi Kerteh.

lagi gambar untuk riadhah ini boleh klik sini