Tahun ini, sambutan Piala Dunia 2010 di Malaysia ‘diwarnai’ dengan satu kejutan, iaitu Judi berlesen untuk bola sepak piala dunia !

Apa maksudnya? maknanya, boleh bertaruh secara terbuka kerana kerajaan dah bagi lesen! Sungguh tak ku sangka kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama yang tertinggi dalam perlembagaan boleh meluluskan satu bentuk perjudian.

Seorang yang beriman dan waras pasti tahu apakah kesan disebalik kelulusan judi ini. Malah, telah disebut secara terang dan jelas dalam Al Quran bahawa judi ini haram dan adalah kerja syaitan. Cukuplah dengan Al Quran sahaja yang kita sandarkan. Ayuh! Mari kita buktikan kefahaman kita kepada agama kita dengan mendesak kerajaan agar membatalkan lesen perjudian ini.