Assalamualaikum,

Pada 25-26 Jun lalu, program motivasi bersepadu iaitu KBM telah kembali semula ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) untuk kali ke-7. PSMZA adalah tempat di mana aku ‘bertapa’ selama 3 tahun untuk diploma aku (2002-2005). Memang ada banyak kenangan apabila setiap kali datang ke poli ni. Dulu namanya P.D.T > Politeknik Dungun Terengganu. Motonya juga P.D.T > Perkasa Dengan Teknologi dan Iman..Namun, sejak 2006, ianya dikenali sebagai PSMZA > Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kali ini berKBM dengan pelajar perempuan semester 1 yang baru mendaftar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) seramai lebih kurang 150 orang bertempat di Dewan Besar PSMZA yang serba canggih

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Walaupun pada jam 9 pagi tiba tiba seluruh poli black out, program tetap berjalan dengan lancar sehinggalah elektrik pulih semula pada jam 4 petang.

Ketua Jabatan JKM, Ayahanda Tuan Haji Abdul Karim Awang Kechik sempat bersama untuk majlis penutup yang ringkas.

Malas la pula nak tulis panjang-panjang, nak tengok gambar aktiviti yang kami buat, silalah ke facebook aku

Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang.baca lagi tentang KBM disini

Dibawah ini adalah jadual KBM untuk minggu-minggu seterusnya :

2-3 Julai  – KBM PSMZA bersama pelajar lelaki semester 1 JKM

16-17 Julai – KBM PSMZA bersama pelajar lelaki semester 1 JKM edisi ke-2

23-24  Julai – KBM di SM Sains Dungun untuk pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5

Sekian, doakan semoga semuanya berjalan lancar dan melahirkan remaja remaja yang taat kepada Allah dan Rasulnya:)

Ameen ya Rabb