Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom kita tengok gambar kulit buku di bawah ini dulu ;

Inilah buku yang mana aku adalah pengurus penerbitannya.

Tak percaya? tengok gambar ini pula :

Percayalah!:)

Pertamanya, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya buku ini telah berjaya diterbitkan setelah segala susah payah berbincang dengan penyusun(Hjh Azmi), mengumpul gambar, mencari modal untuk penerbitan, berbincang dengan penerbit dan pelbagai lagi rintangan rintangan yang dihadapi. Kini tinggal hanya nak jual pula🙂

Sebenarnya, peluang untuk aku menjadi pengurus penebit buku ini adalah disebabkan aku adalah Pengerusi Penerangan JIM negeri Terengganu @ JIMedia Terengganu. Jika bukan kerana amanah yang aku pegang itu, buku ini tetap akan diterbitkan juga oleh orang lain yang memegang amanah tersebut. Namun, Allah telah memilih diriku untuk melalui semua usaha usaha penerbitan buku ini🙂

Sinopsis buku ini :

”      Tarbiyah dari Gunung merupakan kompilasi catatan pengalaman “tidak jumpa jalan” di Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun yang dilalui oleh ahli JIM Terengganu. Tarbiyah yang dilalui selama ini telah diuji oleh Allah di Chemerong. Bagaimana kehebatan manusia merancang dan menyusun, tidak dapat sama sekali menandingi kebijaksanaan Allah menyusun dan merancang.

Firman Allah :

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,’kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut:2

Pengalaman ini telah membuktikan ikatan ukhuwah semua ahli ekspedisi yang padu dan jitu      “

Secara peribadi, ini adalah usaha kedua aku dalam bidang penulisan setelah salah satu penulisan aku dalam blog derujimpahang07.blogspot.com telah dipilih untuk dimasukkan dalam buku “Risalah Pemimpin 9 : Idealisme dan kematangan memacu agenda perubahan” yang diterbitkan sempena Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2008 JIM. Pastinya ini akan menjadi motivasi kepada diriku sendiri untuk terus menghasilkan lagi penulisan penulisan yang baik dan berguna.

Sesiapa yang berminat nak beli buku ini boleh sms aku, 019 939 8220.

Harga buku = RM15 senaskah.

Terima kasih ya Allah atas peluang yang telah Engkau kurniakan ini!