Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini (20 Julai), kami ke Sek Ren Islam Al Amin Dungun atas jemputan guru besar sekolah memeriahkan hari kecerian dan keselamatan SRIAAD 2010. Kami datang dengan satu identiti iaitu AQSA SYARIF.

Aqsa Syarif adalah satu NGO yang memperjuangkan kebebasan palestin dari cengkaman zionis laknatullah. Lagi mengenai Aqsa Syarif, klik sini

Kami tiba di sekolah sekitar jam 8.30 pagi, suasananya sungguh ceria dan ada gerai lain yang turut dibuka seperti gerai dari BOMBA Dungun, Jabatan Pertanian yang beri benih tanaman percuma, gerai jualan air dan makanan serta ada demosntrasi menyelamat dari JPA.

Gerai Aqsa Syarif di SRIAAD pada hari keceriaan dan keselamatan SRIAAD 2010

susun jangan tak susun:) produk menarik dari KrafHati

Sempat bergambar dengan Puan Hjh Khadijah Atan:)

Mengira sumbangan untuk Palestin yang diperolehi dari pengunjung yang datang. Cuba

teka berapa jumlahnya?

bergambar kenangan sebelum pulang:)

Memang ramai pengunjung yang datang, barangan Aqsa Syarif pun hampir habis terjual. dan kutipan sumbangan untuk Palestin berjumlah RM520. Program tamat sekitar jam 12.30 tgh hari.