HAB – Usul 20

Al-Imam Al-Syaheed Hassan Al-Banna

USUL PERTAMA

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan  dan umat. Ia adalah akhlak  dan  kekuatan  ataupun  kasih  sayang  dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang  ataupun  keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta  benda  ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah  yang  benar  dan  ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

USUL KEDUA

Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan  kepada setiap  muslim  dalam  mengetahui  hukum-hukum   Islam.   Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak  mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada  sunnah  yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis  yang thiqah.

USUL KETIGA

Iman yang benar, ibadat  yang  sahih  dan  mujahadah  mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh  Allah  kepada  hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati,  tilikan dan tenungan adalah bukan dari  dalil  hukum  syariah  yang  tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan  hukum  dan nas agama.

USUL KEEMPAT

Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan,  jampi  serapah dan pengakuan  mengetahui  perkara  ghaib  adalah  termasuk  dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya  adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.

USUL KELIMA

Pandangan Imam dan naibnya pada  masalah  yang  tidak  ada  nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan  yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah  syarak.  Pandangan  ini   kadangkalanya   berubah   dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada  makna-maknanya  sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat  dan tujuannya.

USUL KEENAM

Setiap  orang  boleh  dipakai  ataupun  ditolak   kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang  yang  dilindungi  dari dosa,  Rasulullah  SAW.  Setiap  perkara  yang  datang  dari  para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab  Allah  dan  sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau  tidak  bertepatan  dengan  nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk  diikuti.  Tetapi  kita  tidak  sekali-kali   mengutuk   dan memburukkan  seseorang  dari  mereka  walaupun  apa   yang   telah diselisihkan  mengenainya.  Kita  serahkan  semuanya  kepada  niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

USUL KETUJUH

Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat  ijtihad  dalam mencari dalil hukum Islam yang  furuk  hendaklah  mengikut  kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam.  Menjadi  elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab  itu  jika  ditambah  dengan usaha yang  sedaya  upaya  untuk  mengetahui  dalil-dalilnya.  Dia hendaklah menerima segala  petunjuk  yang  diserta  dengan  dalil, ketika diyakini kesahihan  dan  kebolehan  orang  yang  memberikan petunjuk  itu  kepadanya.  Dia   juga   hendaklah   menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia  di  kalangan ahli  ilmu  sehinggalah  dia  sampai  kepada  peringkat   Al-Nazar (ijtihad hukum).

USUL KELAPAN

Perselisihan  faham  dalam  perkara  furuk  fekah  tidak  boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di  dalam  agama,  juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid  ada  pahalanya.  Tidak  ada  halangan  jika dilakukan  pengkajian  ilmiah  yang  adil   dalam   masalah   yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam  naungan  perasaan  kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya,  dengan  tidak  membawa  kepada  perbahasan  yang dikeji dan perasaan taasub.

USUL KESEMBILAN

Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya  cabang  dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku,  larut  dalam  membahaskan makna  ayat  al-Quran  yang  masih  tidak  diketahui   oleh   akal pengetahuan   dan    perbincangan    untuk    melebihkan    antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku  antara  mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung  kepada  niatnya.  Membincangkan perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

USUL KESEPULUH

Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya  ayat  itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita  juga  tidak  mencampurkan  diri kita kepada perkara  yang  diperselisihkan  oleh  ulamak  mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud:  “Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam  pengetahuannya  dalam ilmu-ilmu ugama berkata: “Kami  beriman  kepadanya,  semuanya  itu datangnya dari sisi Tuhan Kami” (Al-Imran).

USUL KESEBELAS

Setiap perkara bid’aah dalam din Allah yang tidak ada  asalnya walaupun diperelokkan oleh  manusia  dengan  nafsu  mereka  dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

USUL KEDUA BELAS

Perkara bid’aah tambahan dan  kurangan  serta  iltizam  dengan ibadat  yang  mutlak  adalah  antara  masalah  fekah  yang   masih diperselisihkan.   Setiap   ulamak   mempunyai   pandangan    yang tersendiri. Tidak menjadi halangan  jika  kita  mencari  kebenaran dengan dalil dan bukti.

USUL KETIGA BELAS

Mencintai,  menghormati  dan  memuji  orang-orang  yang  soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan  diri  kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang  dimaksudkan  oleh  Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya.  Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat  yang  syar’ie  dengan menganggap bahawa mereka telah  diredhai  oleh  Allah  dan  mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau  memberikan  manfaat  diri mereka sendiri di  kala  hidup  atau  mati  mereka  tambahan  pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

USUL KEEMPAT BELAS

Menziarahi mana-mana kubur adalah  perkara  yang  disyariatkan tetapi  dengan  caranya  yang  muktabar.  Namun  begitu,   meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun  siapa  dia),  meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat  ataupun  jauh,  bernazar kepada  mereka,  menghiaskan   dan   menerangkan   kubur   mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah  dan  sebagainya dari perkara yang bid’aah,  kesemuanya  itu  adalah  perkara  yang bid’aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi.  Janganlah kita  mentakwilkan  perkara-perkara  ini  kerana  kita   hendaklah menyekat  daripada  berlakunya  perkara-perkara  tersebut   (Saddu al-Zaraik).

USUL KELIMA BELAS

Doa kepada Allah yang disertai  dengan  tawasul  dengan  orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan  ia bukannya dari masalah akidah.

USUL KEENAM BELAS

Uruf yang salah tidak akan menukarkan  hakikat  lafaz  syariat bahkan  kita   wajib   memastikannya   dari   hudud   makna   yang dimaksudkannya dan  berhenti  di  situ.  Begitu  juga  wajib  kita bebaskan diri kita dari  tertipu  dengan  kata-kata  dalam  setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran  diambil  daripada  apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.

USUL KETUJUH BELAS

Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah  lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan  dalam  amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.

USUL KELAPAN BELAS

Islam telah  membebaskan  akal  dan  memberi  galakkan  supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu  dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin  dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

USUL KESEMBILAN BELAS

Kadang-kala  setiap  pandangan  syarak  dan  pandangan   akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak  ada  pada  pandangan  yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat’ie). Hakikat ilmiah yang sahih  tidak  akan  bertembung dengan kaedah syarak  yang  tetap.  Perkara  yang  dzan  (diragui) darinya akan  ditakwilkan  agar  bertepatan  dengan  perkara  yang qat’ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan’,  maka  pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal  ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

USUL KESEMBILAN BELAS

Kita tidak akan mengkufurkan orang  muslim  yang  mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya  dan  mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana  pandangan  ataupun  maksiat  yang dilakukan kecualilah jika dia  mengakui  dengan  perkataan  kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan  al-Quran  yang  jelas,  atau  mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur  oleh  gaya  bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: