Syed Qutb – Tabiat Program Al Quran

Ayat-ayat AI-Quran zaman Mekah telah diturunkan kepada Rasulullah SAW di dalam tempoh tiga belas tahun, dengan mengemukakan satu persoalan sahaja. Ya, hanya satu persoalan yang tidak berubah-ubah; tetapi cara mengemukakan persoalan itu hampir sama tidak berulang-ulang. Gaya dan stail Al-Quran mengemukakan persoalan itu adalah luar biasa sekali, sehingga nampak seolah-olah persoalan itu masih tetap baru, bagaikan sesuatu yang baru sahaja dicetuskan untuk pertama kali.

Ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah itu menyelesaikan suatu persoalan besar, suatu persoalan utama dan penting, suatu persoalan asas bagi agama yang baru muncul itu iaitu persoalan aqidah, yang diterapkan di atas tapaknya yang terpenting KETUHANAN dan PENGABDIAN serta pertalian antara keduanya.

Al-Quran zaman Mekah mengarahkan hakikat ini kepada “manusia” manusia sebagai manusia dan dalam hal ini serupa sahaja manusia Arab di zaman itu dengan manusia Arab di setiap zaman, seperti mana sama sahaja manusia Arab dengan manusia bukan Arab di zaman itu dan di zaman mana pun juga.

Persoalan yang dikemukakan deh Ayat-Ayat AI-Quran zaman Mekah itu ialah persoalan MANUSIA yang tidak pernah berubah, kerana ia adalah persoalan wujudnya manusia itu di dalam alam ini dan juga persoalan kesudahan manusia itu. Persoalan sangkut pautnya manusia itu dengan alam dan dengan semua yang hidup di dunia ini, juga persoalan hubungan manusia itu dengan Tuhan Pencipta alam dan Pencipta seluruh kehidupan. Persoalan itu adalah suatu persoalan yang tetap dan tidak akan berubah-ubah, kerana ia adalah persoalan wujud ini seluruhnya dan persoalan manusia itu sendiri.

Al-Quran zaman Mekah telah memberi penjelasan kepada manusia tentang rahsia wujud manusia itu sendiri dan wujud dunia di sekitarnya. Ia mengatakan kepada manusia itu siapakah sebenarnya dia (manusia) itu? Dari manakah dia datang? Untuk apa dia datang ke dunia? Kemudian ke manakah arah perjalanannya? Siapakah yang membawanya keluar dari alam yang serba tiada, yang serba majhul dan serba tidak diketahui itu? Siapakah pula yang akan mernbawanya pergi kemudiannya dan bagaimanakah gerangan nasibnya di sana kelak? Al-Quran itu memperkata­kan kepadanya lagi tentang apakah hakikat wujud yang di rasa dan dilihatnya itu? Dan yang dirasakannya bahawa di sebalik wujud ini ada suatu kuasa ghaib yang sedang mengawasinya sedang dia tak nampak kuasa ghaib itu? Siapakah gerangan yang mengatur dan mentadbi r perjalanannya? Siapakah pula yang menukar bentuk dan rupanya? Siapakah pula yang membaharui dan menukarnya. Di samping itu semua Al-Quran itu mengajarnya tentang bagaimanakah dia mesti berhubung dengan Tuhan Pencipta alam ini, dan bagaimanakah dia berhubungan dengan alam itu sendiri seperti mana ia menerangkan bagaimanakah hamba-hamba Tuhan itu saling membuat hubungan antara sesama mereka.

Persoalan yang disebutkan di atas itu adalah persoalan besar yang menjadi tonggak wujudnya manusia itu. Ia akan tetap menjadi persoalan utama dan asasi bagi wujud umat manusia di sepanjang zaman.

Demikianlah berlalunya tempoh tiga belas tahun genap dalam menerapkan persoalan yang agung ini, persoalan tunggak seluruh kehidupan umat manusia itu sendiri, yang tanpanya seluruh hidupnya tidak ada erti sarna sekali.

Al-Quran zaman Mekah tidak melangkau persoalan pokok ini untuk mengemukakan persoalan-persoalan lain mengenai sistem kehidupan, melainkan setelah Allah mengetahui bahawa persoalan itu sudah diterangkan dengan secukupnya bahawa ianya telah sebati dan rnenjadi daging darah golongan umat yang terpilih itu, yang telah ditakdirkan Allah bahawa agama Islam ini akan dibangunkan melalui golongan ini, dan golongan inilah yang mengendalikan pelaksanaan sistem yang mencermin­kan agama ini.

Dan para pendakwah ke jalan agama Allah, dan ke arah terlaksananya sistem yang dipandu oleh agama ini di alam realiti hidup, sayugia memberikan sepenuh perhatian kepada fakta ini, fakta pemusatan perhatian yang diberikan oleh ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah untuk menerapkan akidah ini, kemudian kepada fakta bahawa ayat-ayat zaman Mekah itu tidak melangkau ke arah penghuraian yang luas mengenai sistem yang menjadi dasarnya, Dan undang-undang yang mengatur hidup manusia Muslim.

Dengan hikmat dan kebijaksanaan Allah SWT telah ditentukan bahawa persoalan akidah adalah persoalan pokok bagi dakwah ini sejak zaman permulaan kerasulan Nabi Muharmnad SAW; dan bahawa Rasulullah SAW memulakan langkah pertamanya di dalam dakwah ini dengan menyeru dan mengajak manusia berikrar bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah juga bahawa beliau meneruskan dakwah dengan membimbing umat manusia supaya dapat mengenal Tuhan mereka yang sebenarnya dan supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada Tuhan sahaja.

Persoalan ini, baik ditinjau dari sudut kenyataan yang lahir mahu pun dilihat dari sudut pemikiran manusia yang terbatas itu, bukanlah suatu persoalan yang mudah diterap ke dalam hati orang-orang Arab kerana mereka mengerti dari pertuturan bahasa mereka sendiri apakah makna perkataan “ILLALLAH” dan juga tujuan perkataan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAN “LA ILAAHA 1LIALLAH” itu. Mereka mengerti bahawa pengakuan bertuhan itu bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah yang tertinggi. Mereka mengerti juga bahawa rnengesakan Allah melalui ikrar kalimah syahadat itu adalah bererti mencabut semua sekali kuasa yang dibolot oleh para padri dan pendeta, oleh ketua-ketua suku, oleh raja-raja dan penguasa-penguasa, dan menyerahkan kuasa itu hanya kepada Allah sahaja kuasa atas hati nurani, atas lambang kebesaran, kuasa atas kenyataan hidup, kuasa dalam mengatur urusan harta benda, kuasa dalam urusan undang-undang dan juga kuasa di dalam urusan yang berkaitan dengan jiwa dan tubuh badan. Mereka mengerti bahawa LA ILAAHA ILLALLAH itu adalah merupakan cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama, revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandar kepada rampasan atas sifat Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kelamaan pemerintahan yang menjalankan kuasanya berdasarkan undang-undangnya sendiri, yang tidak diridai oleh Allah. Orang-orang Arab itu tidak merasa kabur lagi ke mana arah tujuan perkataan LA ILAAHA IILALLAH itu dalam konteks dengan kenyataan hidup mereka, dengan kuasa dan muslihat mereka. Oleh sebab itulah mereka menentang dakwah atau revolusi itu begitu hebat dan mereka memeranginya habis-habisan seperti yang telah diketahui umum.

Tetapi mengapakah justeru persoalan ini yang menjadi titik permulaan dakwah ini dan kenapa pula hikmah dan kebijaksanaan Allah SVNT telah menentukan bahawa persoalan ini mesti dijalankan tugasnya dengan penuh risiko?

Rasulullah SAW telah diutus membawa agama ini pada ketika daerah dan wilayah negeri Arab yang paling subur dan kaya tidak dikuasai oleh orang-orang Arab, malah dikuasai oleh bangsa-bangsa lain.

Wilayah-wilayah Syam di sebelah utara kesemuanya dikuasai oleh bangsa Romawi, diperintah oleh raja-raja dan pangeran-pangeran Arab atas nama Kerajaan Romawi. Manakata wilayah-wilayah Yaman di sebelah selatan pula ditakluki oleh kerajaan Parsi dengan diperintah oleh kaum bangsawan Arab di bawah naungan Empayar Parsi. Hanya wilayah Hijaz, Tihamah, Najd dan daerah-daerah berpadang pasir yang kuntang dan tandus, dengan diselangi oasis-oasis di sana sini sahaja yang dikuasai oleh orang Arab.

Mungkin ada orang berkata: bahawa Nabi Muhamrriad SAW itu boleh menggunakan pengaruh peribadinya yang terkenal jujur dan disanjung ramai itu, kerana pernah diangkat menjadi hakim menyelesaikan perbalahan suku-suku Arab mengenai HAJAR ASWAD, dan semua golongan berpuas hati menerima keputusan yang beliau lakukan itu, lima belas tahun sebelum beliau dilantik menjadi Rasul, ditambah pula dengan pengaruh keturunan dan kedudukan tinggi beliau di kalangan Bani Hasyim orang mengatakan bahawa beliau mampu dan berupaya membangkitkan rasa kebangsaan Arab yang telah purak puranda akibat luasnya rasa dendam-mendendam dan hasad dengki, untuk mengarahkan mereka ke arah faham perkauman dan kebangsaan, bagi menebus dan merebut semula tanahair mereka dari tangan empayar-empayar yang menjajah dan menakluknya, iaitu kerajaan-kerajaan Rornawi dan Parsi dan mengibarkan bendera kebangsaan Arab serta mendirikan sebuah Negara Nasional Arab di seluruh Semenanjung Arabia.

Mungkin ada pula orang yang berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW itu lebih bijaksana, setelah seluruh bangsa Arab mengikutnya dan mengiktiraf beliau sebagai pemimpin kebangsaan, dan setelah dapat mengumpulkan kuasa di dalam tangannya, jika beliau pergunakan kesempatan itu untuk menegakkan kalimah tauhid, untuk membawa umat manusia tunduk kepada kekuasaan Ilahi setelah mereka tunduk di bawah kekuasaan duniawi beliau.

Tetapi Allah SWT – Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah tidak mengarahkan Rasulullah SAW berbuat demikian, malah diarahkannya supaya bertahan dengan ikrar dan syahadat LA ILAAHA ILLALLAH itu dan supaya sanggup menanggung derita akibatnya, bersama-sama dengan para sahabat beliau yang terlalu kecil jumlahnya itu.

Mengapa demikian?

Sesungguhnya Allah SWT tidak bermaksud menyeksa Rasul-Nya dan orang-orang beriman bersama beliau, malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa bukanlah itu jalannya. Bukanlah jalannya bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau taghut berbangsa Parsi untuk berpindah tunduk di bawah tangan taghut berbangsa Arab kerana taghut itu adalah tetap taghut jua. Bumi ini adalah kepunyaan Allah dan mestilah dibebaskan untuk Allah dan kerana Allah sahaja dan bumi ini tidak akan jadi bebas kerana Allah sahaja melainkan apabila berkibar megahlah di dalamnya panji-panji dan bendera LA ILAAHA ILLALLAH. Bukanlah caranya bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau Parsi untuk diambil alih oleh taghut berbangsa Arab. Taghut itu tetap taghut jua walau dari bangsa apa pun. Seluruh manusia adalah hamba Allah, tetapi manusia itu tidak dapat jadi hamba Allah yang sebenarnya melainkan bila dia tunduk di bawah kuasa dan perintah panji-panji LA ILAAHA ILLALLAH, mengikut pengertian yang difahamkan oleh orang Arab melalui kaedah tata bahasa mereka; iaitu: tiada kuasa yang lain daripada kuasa Allah SWT. Tiada undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah tiada syariat yang lain daripada syariat Allah, dan tiada kuasa seorang tertentu di atas orang lain, kerana kuasa dan kekuasaan memerintah itu adalah kepunyaan Allah; kerana rupa bangsa dan kewarganegaraan yang dimaksudkan oleh Islam untuk seluruh umat manusia itu ialah rupa bangsa yang berbentuk akidah, dalam mana sama sahaja orang Arab, orang Parsi dan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah.

Dan inilah dia jalannya.

Rasulullah SAW diutus membawa agama ini pada ketika masyarakat Arab merupakan sebuah masyarakat yang kacau dan tidak teratur dalam soal pembahagian kekayaan dan keadilan hanya segelintir manusia yang memiliki harta benda (wang) dan perniagaan, urusan pertukaran barangan dan membungakan wang (riba) dengan demikian maka berlakulah penumpukan harta di kalangan orang yang segelintir itu sahaja, sedangkan golongan terbesar tidak punya sesuatu apa pun selain dari lapar dan derita. Orang-orang yang kaya dan punya wang serta harta benda, juga menjadi orang yang mulia dan berkedudukan tinggi, sedangkan golongan terbesar yang tak punyai wang dan kekayaan tidak ada kesempatan pun.

Mungkin orang akan berkata: Nabi Muhammad SAW berupaya mengubah bentuk masyarakat itu dan mencetuskan suatu revolusi sosial untuk menghapuskan golongan bangsawan itu dan menjalankan seruan untuk menyusun semula masyarakat secara adil dan membahagi-bahagikan harta benda orang-orang kaya kepada orang-orang miskin.

Mungkin ada orang yang berkata begini: Seandainya Rasulullah SAW menjalankan seruan ke arah ini nescaya masyarakat Arab itu akan hanya terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu golongan berada dan golongan tak berada. Golongan terbanyak, iaitu golongan tak berada yang menyebelahi seruan itu untuk menentang kekuasaan harta benda orang-orang kaya itu, manakala golongan kecil sahaja mungkin menentang seruan itu untuk me,pertahankan kedudukan dan kepentingan mereka. Cara ini lebih baik daripada melakukan dakwah ke arah akidah yang telah ditentang oleh sebahagian besar masyarakat dan tidak dapat pengikut kecuali beberapa kerat manusia tertentu sahaja.

Orang lain pula mungkin akan mengatakan: Bahawa Muhammad SAW lebih wajar – sesudah disokong oleh golongan terbesar dan sesudah beliau memegang teraju pemerintahan dan menghancurkan golongan hartawan untuk mencari jalan mempengaruhi orang banyak dan memegang peranan sebagai pemimpin mereka; supaya dapat meruntuhkan pengaruh golongan kecil itu, kemudiannya menggunakan kuasa dan pengaruhnya sesudah itu. untuk menegakkan kalimah tauhid dan membawa manusia tunduk di bawah kuasa Allah SWT setelah mereka tunduk di bawah kuasa peribadinya.

Tetapi Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah tidak mengarahkan beliau berbuat begitu kerana Allah SWF Maha Mengetahui bahawa itu bukanlah jalannya.

Diketahui-Nya bahawa keadilan sosial hanya akan dapat diwujudkan di dalam masyarakat, dari sumber iktikad yang lengkap, yang menyerahkan segala sesuatu kepada Allah SWT, sambil menerima dengan penuh kerelaan hati akan semua yang ditentukan Allah SWT di dalam masalah pembahagian harta, dalam masalah jaminan sosial untuk seluruh masyarakat; dan kepercayaan ini sebagi di dalam hati pihak yang mengambil dan pihak yang diambil, dengan pengertian bahawa mereka melaksanakan suatu sistem yang telah ditentukan oleh Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ketaatan, kepatuhan dan kebaktian yang dilakukannya akan mendatangkan kebajikan dan kebaikan dunia dan akhirat. Dengan demikian maka rasa tamak haluba dan dendam dengki terhadap sesama anggota masyarakat tidak akan dapat bersarang di lubuk hati. Semua urusan dijalankan dengan beres tanpa tekanan dan paksaan, tanpa ancaman dan ugutan. Hati manusia tidak rosak dan jiwa mereka pun tidak akan bengkrap seperti yang terjadi di mana sahaja di bawah sistem hidup yang berlandaskan kalimah tauhid LA ILAAHA ILLALLAH.

Rasulullah SAW dibangkitkan di ketika tingkatan moral di Semenanjung Arabia sedang di puncak kemerosotan, melebihi keadaan moral umat manusia di dalam masyarakat jakun dan primitif.

Kekejaman, penindasan, penganiayaan dan pelanggaran hak orang lain tersebar luas di dalam masyarakat. Imi jelas digambar oleh rangkapan syair Zuheir bin Abi Salma, seorang penyair terkenal di zaman jahiliyah:

“Sesiapa sahaja yang tidak menjaga kehormatan diri dan kebebasannya dengan pedang dan senjatanya,

Akan dimusnahkan orang, begitu juga sesiapa yang tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain, akan menerima kezaliman orang lain ke atas dirinya.”

Juga digambarkan oleh pepatah Arab zaman jahiliyah yang berbunyi:bantulah saudaramu baik dia seorang zalim atau seorang yang dizalimi.”

Minuman keras dan bermain judi merupakan kebiasaan sehari-hari yang sangat meluas di dalam masyarakat dan malah merupakan suatu kebanggaan masyarakat. Garnbaran masyarakat itu dibayangkan oleh penyair Tarfah bin Al-Abd :

“Seandainya tiada tiga syarat kebanggaan pemuda, hidupku takkan meriah dan aku tak akan menjamu teman sebaya: Bujukan manis si genit jelita berwajah ayu hidangan arak membuih si genit pembuka selera kepingan wang gemercangan menjamu teman seiring wang baru dan sisa peninggalan lama, semuanya ku hamburkan seenak rasa. Aku ingin disanjung dipuja. Akulah jejaka gagah perkasa…

Manakala pelacuran pula dalam pelbagai bentuknya adalah merupakan tradisi kebanggaan masyarakat jahiliyah itu, bagaimana yang tergambar di dalam hadis riwayat Sayyidatina Aisyah RA:

“Perkahwinan di zaman jahiliyah ada empat jenis:

Pertama:

Perkahwinan seperti yang berlaku di zaman kita, iaitu seorang telaki meminang seorang anak perempuan orang lain yang halal dinikahinya, atau seorang perempuan yang di bawah jagaan orang lain yang menjadi walinya; manakala pihak kedua itu menerima pinangan itu, maka berlangsunglah perkahwinan.

Kedua:

Bahawa si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya: pergilah kau mendapatkan si anu itu dan ambillah keturunannya, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula kalau dia mahu. Dia suruh isterinya berbuat demikian kerana dia mahukan seorang anak yang pintar, perkahwinan jenis ini dinamakan “kahwin mencari anak pintar.”

Ketiga:

Sekumpulan orang lelaki kira-kira tak sampai sepuluh orang berpakat menyetubuhi seorang perempuan tertentu. Semua mereka melakukan persetubuhan itu (mengikut giliran masing-masing) lalu bila perempuan itu mengandung dan melahirkan anak, dan berlalu beberapa ketika selepas kelahiran anak itu, maka perempuan tadi pun menjemput setiap orang yang terlibat dalam pakatan menyetubuhinya itu dahulu, dan dalam hal ini tiada seorang pun yang dapat mengelak dan melepaskan diri. Setelah ahli-ahli pakatan itu berkumpul semuanya maka perempuan itu pun berkata: “wahai orang lelaki sekalian, kamu semua tentunya telah maklum tentang apa yang kalian lakukan. Nah ini dia aku telah melahirkan anak kalian. Ini anakmu wahai si fulan …. beri namalah anakmu ini sesuka hatimu,” lalu diserahkannya anak itu kepada orang yang dipilihnya itu, dan orang itu tidak boleh menolak.

Keempat:

Orang ramai berkumpul untuk menyetubuhi seorang perempuan secara bergifir-gilir (tanpa apa-apa pakatan) dan perempuan itu tidak boleh menolak sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan secebis kain sebagai tanda di muka pintu rumahnya kalau ada seseorang yang sedang menyetubuhinya (siapa sahaja yang suka boleh menyetubuhinya). Bila perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan sesama mereka tentang siapakah di antara mereka yang patut menjadi bapa kepada anak itu; dan orang yang dipilih itu- tidak boleh menolak keputusan ramai itu dan mesti sanggup menerima tanggungjawab sebagai ayah si anak itu.           (Hadis riwayat Bukhari di dalam Bab Al-Nikah)

Barangkali ada pula orang berkata: Bahawa Nabi Muhammad SAW boleh menjalankan dakwah reformasi untuk memperbaiki keadaan masyarakat supaya dapat meninggikan tingkatan moral dan membetulkan sendi-sendi perjalanan masyarakat itu serta kemurnian jiwa para anggotanya.

Orang lain pula mungkin berkata: Bahawa pada ketika itu Rasulullah boleh mendapatkan beberapa orang tertentu yang telah dirosakkan oleh masyarakat itu, lalu membimbing mereka menyahut seruan reformasi itu, seperti yang kerap dilakukan oleh tokoh-tokoh reformasi lainnya.

Mungkin ada pula pendapat lain yang mengatakan kalaulah Rasulullah SAW berbuat seperti itu nescaya beliau akan disambut dan disanjung oleh sebahagian besar orang yang masih suci moral dan jiwanya, dan dengan demikian itu tambah mendekatkan penerimaan seruan akidah yang dipeloporinya daripada dicetuskan seruan LA ILAAHA ILLALLAH itu, yang ternyata telah mendapat tentangan hebat sejak dari mula lagi.

Tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itu bukanlah jalannya. Maha Mengetahui bahawa moral dan akhlak yang baik itu tidak akan dapat tegak melainkan di atas asas akidah yang membuat pertimbangan-pertimbangan, dan menetapkan nilai-nilai, seperti juga akidah itulah menetapkan kuasa yang menjadi tempat tegaknya pertimbangan dan nilai itu, dan balasan atau ganjaran yang dimiliki oleh setiap kuasa itu ke atas orang yang patuh atau melanggarnya. Sebelum akidah itu diterapkan dan sebelum kuasa itu ditegakkan, maka nilai-nilai itu menjadi goyang dan tak tetap. Begitu jugalah moral dan akhlak yang didirikan di atas nilai-nilai yang goyang akan menjadi goncang dan canggung; tiada panduan, tiada ganjaran dan tiada kuasa apa pun.

Manakala akidah itu bertapak – tentunya setelah menempuh kesukaran – dan kuasa yang menjadi tapak bagi akidah itu telah tegak, manakala umat manusia itu kenal akan Tuhannya dan mengabdikan diri kepada Tuhannya sahaja manakala umat manusia melepaskan diri daripada kuasa hamba-hamba Tuhan dan kuasa nafsu durjana, manakala LA ILAAHA ILLALLAH meresap ke dalam lubuk hatinya, nescaya Allah akan melakukan semua apa yang disyorkan tadi itu dan nescaya bumi Allah ini akan lepas bebas dari unsur-unsur kuasa Romawi dan Parsi, bukan untuk diambil alih oleh kuasa bangsa Arab tetapi untuk dipastikan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah. Bersihlah bumi ini dari kuasa TAGHUT, seluruhnya, sama ada yang berbangsa Romawi, Parsi, Arab dan lain-lain.

Ketika itu masyarakat seluruhnya akan lepas bebas dari sebarang penganiayaan dan penindasan sosial dan akan tegak berdirilah sistem Islam yang melakukan keadilan mengikut keadilan Allah, melaksanakan pertimbangan-pertimbangan Allah dan dengan pertimbangan ini, mengibar­kan bendera keadilan sosial dengan nama Allah sahaja, memakai lambang dan nama ISLAM tanpa diganggu oleh nama-nama yang lain bertulis LA ILAAHA ILLALLAH berkibar megah melindungi masyarakat umat manusia.

Jiwa dan akhlak pun akan bersih, begitu juga hati nurani dan roh, tanpa menungau perintah, tanpa mengharapkan ganjaran, kecuali sekali sekala, kerana pengawasan yang sebenar telah sedia ada di dalam hati kerana semata-mata mergharapkan keridaan Allah serta merindukan kurnia-Nya, malu kepada Allah dan takutkan murka-Nya itulah pengawas yang sebenarnya.

Nilai manusia pun dengan sendiri menjadi tinggi, baik di dalam sistem mahupun di dalam seluruh kehidupan, meningkat ke suatu tingkat yang belum-pernah dicapai dan belum ada taranya, kecuali di bawah panji-panji Islam.

Ini semua boleh berlaku dengan sempurnanya, kerana orang yang menegakkan agama ini di dalam bentuk pemerintahan dan sistem kehidupan, dalam bentuk syariat dan undang-undang, mereka itu semuanya telah pun menegakkan agama itu di dalam hati nurani mereka, di dalam keadaan hidup seharian mereka yang berbentuk akidah, budi pekerti, amal ibadat dan segala urusan hidup yang lain. Mereka menerima satu sahaja janji dalam menegakkan agama ini, janji yang tak boleh dipengaruhi oleh apa jua kuasa pun, janji yang tiada sangkut pautnya dengan kehidupan duniawi ini, iaitu janji syurga dari Tuhan mereka. Janji ini disediakan untuk mereka dalam menghadapi jihad yang hebat itu, dalam mengharungi samudera perjuangan yang luas tak bertepi. Mereka terus menjalankan dakwah, menentang jahiliyah di mana-mana sahaja dengan memakai senjata yang tak akan lapuk di setiap tempat dan ketika, yang paling ditakuti oleh para penguasa di mana sahaja, iaitu senjata LA IL.AAHA ILLALLAH.

Apabila diuji Allah mereka terus bersabar. Apabila jiwa mereka lepas bebas dari rasa kepentingan diri dan apabila Allah telah rmenyaksikan bahawa mereka tidak mengharapkan apa-apa pembalasan jua pun di dalam dunia yang fana ini, walaupun merekalah yang menjayakan dan menjadi punca kemenangan dakwah dan merekalah yang berjuang mendaulatkan agama; manakala hati mereka suci bersih daripada sebarang rasa bangga dengan kebangsaan, bersih dari rasa cinta kepada tanahair, dari keangkuhan keturunan dan keluarga. Ya … manakala Allah menyaksikan bahawa mereka berkeadaan demikian, nescaya Allah pula akan mernbuat ketentuan bahawa mereka berhak memegang amanah yang sangat penting itu mereka setia memegang akidah hanya Allah sahaja yang menguasai hati, nadi dan budi mereka, menguasai roh dan harta benda mereka, menguasai dasar dan peraturan hidup mereka. Merekalah pemegang amanah yang setia terhadap kuasa yang dipercayakan kepada mereka untuk menegakkan syariat Allah SWT. Mereka laksanakan mengikut garis panduan yang sebenar, tanpa sebarang penyelewengan pun, untuk menolong teman-teman mereka dan kaum keluarga yang dikasihi, untuk membantu anak bangsa sendiri, kerana kuasa yang ada di tangan mereka adalah kepunyaan Allah SWT.

Program yang agung ini tidak akan dapat dilaksanakan kecuali bila dakwah dapat menguasai keadaan dan mengibarkan bendera bertuah itu, bendera LA ILAAHA ILLALLAH juga bila dakwah itu sanggup melalui jalan yang berliku-liku dan susah pada pandangan kasar tapi sangat diberkati dan mudah sahaja pada hakikatnya.

Program ini tidak akan jadi murni kerana Allah kalau dakwah itu memulakan langkah sulungnya dengan dakwah bercorak kebangsaan atau bercorak sosial atau berupa seruan ke arah kebaikan moral atau mengibarkan bendera dan panji-panji yang lain daripada LA ILAAHA ILLALLAH.

Demikianlah halnya ayat-ayat AI-Quran zaman Mekah itu seluruhnya dalam menerapkan pengaruh LA ILAAHA ILLALLAH ke dalam hati dan fikiran manusia, dengan memilih jalan ini, walaupun ianya merupakan jalan yang penuh susah dan derita pada lahirnya dan tidak memilih jalan sampingan yang lain.

Adapun halnya Al-Quran ayat Makiyah itu mengulas hal-hal iktikad sahaja tanpa menoleh kepada perincian sistem yang menjadi landasan kepadanya dan kepada masalah perundangan yang mengatur urusan mu’amalah, maka hal ini patutlah menjadi bahan renungan secara serius oleh para pendakwah ke arah agama ini.

Sesungguhnya bentuk dan tabiat agama ini sendiri yang mernbuat ketentuan ini kerana ia adalah suatu “din” atau agama yang tegak di atas dasar mengesa dan mentauhidkan Allah dasar tauhid yang menjadi umbi segala sistem dan peraturannya sepertilah sepohon kayu yang besar, berdaun rendang, berdahan rimbun, melambai-lambai ke udara mesti ada akar tunjang yang menjunam jauh,di perut bumi, memakan ruang yang sangat luas dan jauh, sesuai dengan besar dan rendangnya pokok itu demikian jugalah agama ini; peraturannya meliputi seluruh aspek hidup, mengatur dan memandu urusan hidup manusia, yang besar dan yang kecil dan malah lebih dari itu lagi ia mengatur penghidupan manusia di alam abadi, di akhirat, bukan setakat alam nyata yang dapat dirasa dan diraba dengan pancaindera kasar semata, malah juga meliputi alam yang serba sulit dan tersembunyi, alam ghaib yang tak terjangkau oleh daya manusia yang serba lemah ini tidak terbatas di dalam urusan kebendaan semata, tapi juga menjangkau alam fikiran dan khayalan, alam hati dan perasaan yang serba sulit dan aneh.

Ini adalah sebahagian sahaja dari rahsia dan bentuk asli agama ini iaitu program pembinaan akidah yang meliputi segenap jurusan dan lapangan kehidupan, bagaikan sebatang pokok besar yang punya akar tunjang yang terhunjam di perut bumi, sesuai dengan dahan dan daunnya yang subur dan gah di tengah-tengah peredaran udara.

Manakala akidah LA ILAAHA ILLALLAH itu meresap di lubuk hati, nescaya akan meresap pulalah peraturan-peraturan yang dibawa oleh LA ILAAHA ILLALLAH itu dan terjelmalah wujudnya sebuah peraturan tunggal yang telah diridai oleh jiwa yang telah diresapi oleh akidah itu dan jiwa itu rela menyerah kepada sistem itu walaupun tanpa huraian yang lanjut tentang sistem-sistem dan perundangan yang lain.

Penerimaan itu tidak perlu kepada huraian tentang segala pendetailan, malah cukup dengan diberitahu dan disampaikan sahaja peraturan itu, maka ia terus diterima dengan baik, dengan penuh kerelaan dan kepatuhan. Demikianlah terbatalnya kebiasaan suka minum arak, riba, bermain judi dan lain-lain kebiasaan jahiliyah, terbatal dengan semata-mata turunnya Ayat Al-Quran atau pun dengan sepatah sabda Rasulullah SAW sedangkan kerajaan-kerajaan sekular berusaha sedaya upaya menguat-kuasakan undang-undang melalui alat-alat sebaran am dan melalui kuasa polis dan tentera, tapi tidak mencapai hasil yang memuaskan malah masyarakat semakin berleluasa melanggar undang-undang yang telah dikuat kuasakan itu.

Suatu sudut lain dari tabiat agama ini menjelma dalam program yang tegas ini, iaitu bahawasanya agama ini ialah suatu program yang praktikal, bergerak dan serius. Ia didatangkan untuk menguasai kehidupan dan realitinya dan untuk berdepan dengan realiti, sama ada, menerima, meminda atau mengubahnya dari akar umbinya. Dari sini bolehlah disimpulkan bahawa program agama ini tidak membuat peraturan melainkan untuk keadaan yang benar-benar berlaku di dalam sebuah masyarakat yang mengakui bahawa kekuasaan itu hanya kepunyaan Allah semata-mata.

Program itu bukanlah suatu “teori” yang melayani “andaian-andaian” tertentu, bahkan ia adalah suatu program yang memandu “realiti”. Oleh kerana itu maka yang paling utama sekali ialah wujudnya terlebih dahulu sebuah masyarakat yang mengakui: bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan mengakui bahawa tiada kekuasaan melainkan kepunyaan Allah SWT sahaja dan menolak sebarang bentuk kekuasaan selain dari Allah dan menolak sebarang pandangan yang tidak dibangunkan di atas kaedah ini.

Bila sahaja masyarakat Islam itu wujud dan mempunyai kehidupan yang nyata, maka pada ketika itulah ia perlu dan berhajat kepada peraturan dan sistem undang-undang bagi suatu kelompok manusia yang sudah sedia patuh kepada perintah dan undang-undang Allah sahaja dan menolak sebarang peraturan dan undang-undang yang lain daripadanya.

Orang-orang yang beriman dan yakin kepada akidah ini mestilah punya kekuasaan atas diri mereka sendiri dan atas masyarakat mereka yang menjamin terlaksananya sistem dan undang-undang di dalam masyarakat itu sehingga sistem itu mempunyai kehebatannya dan undang-undang itu mempunyai keluhurannya selain daripada bahawa masyarakat itu mempunyai realitinya sendiri.

Orang-orang Islam di zaman Mekah tidak punya kekuasaan atas diri mereka dan juga atas masyarakat mereka. Mereka tidak punya kenyataan hidup dan realiti yang tersendiri yang mereka dapat mengatumya menurut syariat Allah. Oleh kerana itu di peringkat ini Allah SWT tidak menurunkan undang-undang dan sistem kemasyarakatan malah Allah SWT menurunkan wahyu yang berkaitan dengan urusan kepercayaan dan moral yang menjelma dari akidah. Tetapi sebaik sahaja orang-orang Islam itu mempunyai sebuah negara yang berkuasa dan berdaulat di Madinah, Allah SWT pun menurunkan wahyu mengenai peraturan-peraturan hidup dan undang-undang, mengenai sistem pemerintahan dan sebagainya yang mengatur bagaimana memenuhi hajat masyarakat Muslim yang praktikal dan yang dijamin pelaksanaannya oleh Negara.

Allah tidak hendak menurunkan ayat-ayat mengenai peraturan hidup dalam periode kehidupan mereka di Mekah supaya mereka simpan sebagai bekal dan persediaan bagi dilaksanakan bila sahaja berdiri negara Islam di Madinah kelak; kerana itu bukanlah tabiat agama ini, juga kerana agama ini lebih praktikal daripada itu, dan lebih serius lagi. Agama ini tidak membuat masalah-masalah andaian untuk dicari-cari penyelesaiannya di dalam khayalan, malah ia menghadapi kenyataan di mana saja ada masyarakat Islam yang rela tunduk kepada panduan Ilahi dan menolak sebarang panduan yang lain daripadanya, dalam setiap keadaan dan suasana dan dalam setiap bentuk dan rupa.

Orang-orang zaman sekarang yang mendesak supaya Islam mengemu­kakan teori-teori mengenai sistem perundangan yang lengkap, supaya Islam membentuk dasar-dasar penyelesaian masalah-masalah yang mungkin timbul; sedangkan di bumi ini tiada lagi sebuah masyarakat yang telah memutuskan untuk patuh kepada perintah Allah dan menolak sebarang peraturan dan undang-undang selain dari syariat Allah, sedang mereka mempunyai kuasa untuk melaksanakannya; orang-orang seperti itu, yang mendesak dan mencabar Islam berbuat demikian, adalah sebenarnya orang-orang yang tidak faham hakikat Islam dan bagaimana. Islam itu bergerak di dalam hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Orang-orang seperti itu adalah orang-orang yang hendak mengubah tabiat, program dan sejarah agama ini; orang-orang yang hendak mengubah bentuk sejarah Islam supaya Islam ini sama setaraf dengan teori-teori bikinan manusia, sebaya dengan program ciptaan manusia. Mereka juga adalah orang-orang yang cuba memesongkan Islam dari landasannya yang sejati dan dari jalannya yang asli semata-mata untuk menyahut dan memenuhi kehendak semasa dalam diri mereka, sebagai kehendak yang timbul dari kekecewaan jiwa mereka sendiri, kekecewaan mereka menghadapi konsep dan sistem-sistem bikinan manusia yang tidak mampu mereka hadapi. Mereka bermaksud supaya Islam ikut jadi kerdil seperti jiwa mereka supaya Islam jadi suatu teori yang penuh dengan andaian-andaian yang menggelikan, untuk menghadapi masa depan yang tidak wujud, sedangkan Allah menghendaki supaya agama ini mengikut kehendak-Nya. Allah menghendaki supaya Islam menjadi suatu akidah dan keyakinan hidup yang memenuhi ruang hati, yang menguasai budi dan nadi, akidah yang menentukan bahawa manusia tidak boleh tunduk selain kepada Allah sahaja dan tidak menerima peraturan hidup dan undang-undang yang lain dari peraturan dan undang-undang Allah. Sesudah adanya manusia yang inilah akidah mereka dan sesudah mereka mempunyai kuasa yang mutlak di dalam masyarakat mereka maka bermulalah wujudnya undang-undang untuk memenuhi hajat mereka dan mengatur kehidupan mereka yang praktikal (bukan teori sahaja).

Inilah dia bentuk yang dikehendaki oleh Allah mengenai agama ini dan sekali-kali tidak akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah walau apa jua pun keinginan manusia!

Itu semuanya hendaklah difahami oteh para pendakwah Islam ketika mereka menyeru manusia untuk kembali menegakkan agama ini; perlulah mula-mula sekali manusia itu diseru dan didakwahkan supaya menganut akidah ini, hatta kepada orang-orang yang mendakwa did mereka muslim dan sijil kelahiran mereka mencatatkan bahawa mereka orang-orang Islam! Pendakwah-pendakwah itu wajib mengajar manusia itu bahawa Islam itu “mula-mula sekali/pertama sekali” ialah mengaku dan berikrar dengan sebenarnya akan akidah LA ILAAHA ILLALLAH mengikut maknanya yang hakiki, iaitulah: mengembalikan hak memerintah kepada Allah sahaja di dalam seluruh urusan,mereka, dan menghalau keluar setiap orang yang melanggar kekuasaan Allah dengan rnendakwa bahawa hak memerintah itu adalah kepunyaan mereka (dan bukan kepunyaan Allah). Mengaku dan berikrar dengan sungguh-sungguh, pengakuan dan ikrar yang melekat di lubuk hati dan menjelma di dalam kenyataan dan realiti hidup mereka.

Hendaklah persoalan ini menjadi asas mendakwah manusia ke jalan Islam kerana persoalan ini telah pun menjadi asas mendakwah manusia ke jalan Islam untuk pertama kali dahulu dakwah yang telah diselenggarakan oleh Ayat-Ayat Al-Quran zaman Mekah sepanjang tiga belas tahun genap. Dan apabila agama ini dianut oleh sekumpulan manusia berdasarkan fahamannya yang sebenar – maka kumpulan itu yang diberi nama “masyarakat Islam” iaitu masyarakat yang cukup kelayakan untuk menghayati sistem Islam dalam kehidupan mereka bermasyarakat, sebab mereka telah berikrar untuk hidup di atas asas ini seluruhnya dan tidak menerima kuasa pemerintahan yang lain atas kehidupannya selain daripada kuasa dan perintah Allah.

Apabila masyarakat itu telah wujud, maka bemulalah usaha mengemukakan sistem ini kepada mereka dan masyarakat itu mula mengadakan undang-undang untuk memenuhi keperluan realiti hidup mereka, dalam lingkungan prinsip-prinsip umum dalam sistem Islam. Sesungguhnya inilah penyusunan yang benar dan teratur untuk langkah­-langkah sistem Islam yang praktikal dan serius.

Munykin juga terkhayal kepada orang-orang yang ikhlas kepada agama ini, yang hendak menempuh proses yang paling singkat iartu orang-orang yang tidak memikir dan memberikan perhatian yang mendalam kepada tabiat agama ini, dan tabiat programnya yang berlandaskan panduan Ilahi yang lulus yang diasaskan atas kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, yang tahu benar akan tabiat manusia dan kepeduan hidupnya. Kepada mereka kita katakan: Setengah mereka mengkhayalkan bahawa dengan mengemukakan dasar-dasar sistem Islam – bahkan peraturan-peraturan dan undang-undang Islam – kepada orang, maka dakwah ini akan lurus jalannya, dan dapat menarik mereka rnengasihi agama ini!

Sikap dan khayalan seperti ini adalah suatu waham kekeliruan yang berpunca dari kegopohan! Kekeliruan yang sama dengan kekeliruan yang dikemukakan oleh setengah orang: bahawa dakwah ini lebih baik didasarkan kepada dasar kebangsaan, atau dasar perubahan masyarakat, atau dasar moral dan susila, untuk memudahkan jalannya!

Sesungguhnya hati itulah yang wajib diikhlaskan kepada Allah, yang mesti dimurnikan supaya sanggup berbuat – apa sahaja kerana Allah semata-mata, mesti disuci bersihkan supaya membuat deklarasi bahawa ia mengabdikan diri hanya kepada Allah sahaja, dengan cara menerima agama Allah sahaja, dan menolak agama yang lain dari agama Allah, menolak peraturan hidup dan undang-undang yang lain dari peraturan dan undang-undang Allah sebagai prinsip sebelum daripada hati itu diberitahu tentang perincian peraturan dan undang-undang yang lain.

Kerelaan itu mesti dicetuskan dari rasa ikhlas mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan membebaskan hati itu daripada sebarang kekuasaan yang lain daripada Allah, bukan berdasarkan sistem yang dibawanya lebih baik daripada sistem yang lain, yang dikemukakan secara terperinci.

Sistem dan peraturan Allah itu yang paling baik pada zatnya, kerana sistem dan peraturan itu bersumber dari Allah SWT sendiri; manakala sistem dan peraturan bikinan hamba-hamba Allah sampai bila pun tidak akan mampu menandingi sistem dan peraturan Allah. Tetapi ini bukanlah asas dakwah ini kerana telah menjadi kaedah bagi dakwah ini bahawa menerima syariat Allah sepenuhnya, di mana dan bila mana pun, di samping menolak semua sistem dan peraturan yang tidak bersumber daripada Allah, dalam bentuk mana jua pun itulah intisari Islam yang sebenarnya dan Islam tidak punya pengertian yang lain daripada ini. Sesiapa sahaja yang menerima Islam pada prinsipnya, maka bererti dia telah membuat keputusan mengenainya dan tak perlu lagi diberi penjelasan tentang kebaikan dan keistimewaan sistem Islam. Sesungguhnya ini adalah merupakan formula utama iman!

Kemudian daripada itu, maka perlu pula kita memperkatakan bagaimanakah ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah itu telah menghurai dan mengatasi masalah akidah dalam tempoh tiga belas tahun itu. Ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah itu tidak mengemukakan persoalan ini dalam bentuk teori dan juga dalam bentuk ilmu ketuhanan (theology) dan tidak pula dalam bentuk perdebatan seperti yang kita kenal dalam ilmu TAUHID zaman sekarang.

Bukan demikian! Sesungguhnya Al-Quranul Karim itu telah bercakap dan mengajar “fitrah” dan sifat semula jadi manusia itu mengenai segala sesuatu berkaitan dengan wujudnya dan juga wujud sekitarnya yang berupa dalil-dalil dan petunjuk-petunjuk Al-Quran mengelakkan fitrah manusia daripada terkena karat dan sentiasa membersihkan setiap anggotanya daripada dihinggapi sesuatu yang mencatat dan menggendalakan tugasnya; malah ia sentiasa membuka lebar pintu fitrah itu untuk dapat menerima petunjuk petunjuknya yang berkesan.

Ini adalah penjelasan secara umum sahaja.

Adapun penjelasan secara khususnya maka Al-Quran itu sentiasa membawa akidah itu menempuh perjuangan hidup yang praktikal. Ia membawanya ke tengah gelombang perjuangan menentang sebarang gangguan yang akan merosakkan fitrah anak Adam yang sedia ada dan berlaku dan dari sini maka cara teori bukanlah suatu cara yang sesuai dengan keadaan yang berlaku ini; bahkan ia merupakan suatu cara konfrontasi terbuka terhadap halangan dan rintangan serta benteng­-benteng dan pagar-pagar serta segenap bentuk penghalang dari segi jiwa dan benda di dalam diri yang sedia ada. Ia juga bukan suatu jenis perbandingan fikiran berdasarkan logik yang terang seperti yang dijalani oleh kaedah ILMU TAUHID di zaman mutaakhir ini sebab Al-Quran sentiasa membawa manusia berhadapan dengan kenyataan yang berbagai bentuk dan berdebat dengan segala simpang siur kemanusiaan dalam meng­harungi kenyataan ini. Demikianlah juga ilmu theology bukanlah suatu contoh yang sesuai; kerana akidah Islamiyah itu, walaupun ianya suatu akidah, ia juga membawa program hidup berlandaskan realiti dan praktikal. Ia tidak tersorok di sudut yang sempit di tempat mana tersembunyinya teori-teori ala theology.

Ketika Al-Quran itu membina akidah di dalam hati nurani masyarakat pada waktu yang sama pula ia sama-sama mengharungi perjuangan menentang masyarakat jahiliyah, berbimbingan tangan dengan masyarakat Islam; seperti mana ia berbimbingan tangan dengan masyarakat Islam itu mengharungi perjuangan hebat mengikis sisa-sisa jahiliyah dari hati nurani manusia, dari moral dan realiti hidup mereka dan dari percaturan inilah lahirnya pembinaan akidah itu, bukan dalam bentuk “teori” dan tidak pula dalam bentuk “theology” serta bukan dalam bentuk “perdebatan” tetapi dalam bentuk perkumpulan anggota yang hidup dan penyusunan organisasi yang langsung mengenai kehidupan yang terjelma di dalam jemaah Muslimin itu sendiri; manakala pertumbuhan jemaah Muslimin di dalam gambaran iktikadnya dan dalam kenyataan hidupnya sesuai dengan gambaran ini, dan dalam latihannya menghadapi jahiliyah sebagai organisasi yang bermusuhan dengannya.dan pertumbuhan ini sendirinya menjadi sebaik-baik contoh dalam perkembangan pembinaan akidah dan terjemahan yang hidup kepadanya. Dan inilah program Islam yang menggambarkan tabiatnya yang sebenar.

Para pendakwah perlu memerhati tabiat agama ini dan cara pergerakannya seperti yang kita huraikan tadi, supaya mereka mengerti benar bahawa peringkat pembinaan akidah yang telah memakan masa begitu panjang sekali di Mekah itu tidak sama sekali terpisah daripada peringkat pembentukan dasar yang praktikal bagi gerakan Islam, dan pembinaan yang praktikal bagi Jamaah Muslimin (masyarakat Islam). Peringkat ini bukanlah peringkat menerima teori, tapi peringkat pembinaan asas bagi akidah Jamaah dan juga bagi gerakan dan wujud yang praktikal sekaligus. Inilah yang sayugia ada setiap ahli masyarakat Islam itu hendak dibentuk.

Demikianlah sayugia diperhati mengapa pembinaan akidah telah memakan masa yang begitu panjang dan bagaimana langkah-langkah telah berjalan dengan perlahan-lahan. Kemudian begitulah juga peringkat pembinaan akidah itu dijalankan bertahap-tahap tanpa memandang kepada sebarang kajian supaya akidah itu menjelma dalam suatu gerakan yang hidup menghadapi jahiliyah dan bertarung dengannya dalam satu pertempuran dalam hati dan realiti hidup.

Memang salah dan keliru sekali, sepanjang hubungan dengan Islam, bahawa akidah itu diputar menjadi teori bagi bahan kajian semata-mata. Malah hal yang demikian merupakan ancaman besar kepada kemurnian­nya.

Ayat-ayat Al-Quran zaman Mekah tidak payah mengambil masa tiga belas tahun kerana ia baharu sahaja diturunkan pertama kali, kalau Allah kehendaki, nescaya diturunkan-Nya Al-Quran sekaligus sahaja, kemudian ditinggalkan kepada para sahabat mengkaji dan mempelajarinya dalam tempoh tiga belas tahun atau lebih, sehingga mereka benar-benar matang dalam teori Islam. Tetapi Allah SWT kehendaki sesuatu yang lain dari itu. Allah SWT kehendaki supaya ia punya suatu jalan dan program yang tersendiri, supaya membentuk sebuah jamaah dan membina satu gerakan serta menegakkan satu akidah di satu masa yang sama. Allah kehendaki supaya dibina sebuah jamaah yang bergerak dengan berpandukan akidah, juga supaya akidah itu dibina melalui jamaah dan melalui gerakan. Allah kehendaki supaya akidah itu menjadi kenyataan hidup jamaah itu, dalam amalan dan praktiknya dan supaya kenyataan hidup jamaah itu benar-benar menggambarkan akidah mereka. Allah SWT juga Maha Mengetahui bahawa pembinaan jiwa dan jamaah itu tidak akan sernpurna dalam tempoh satu malam sahaja. Yang demikian maka tak dapat dihindarkan lagi bahawa pembinaan akidah itu memakan masa yang sama dengan masa yang diambil untuk membentuk jiwa jamaah itu; supaya apabila sahaja matang akidah maka jamaah itu merupakan gambaran praktikal kepada kematangan ini.

Inilah dia tabiat agama ini, bagaimana yang dapat disimpulkan daripada program Ayat-Ayat Al-Quran zaman Mekah. Kita perlulah mengenai tabiat ini dengan bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali kita cuba mengubahnya semata-mata kerana hendak memenuhi keinginan-keinginan yang gegabah dan lumpuh berhadapan dengan beraneka-ragam teori bikinan manusia! kerana dengan cara inilah telah diadakan umat Islam pertama kali dan dengannya sahaja akan diadakan umat Islam di tiap-tiap kali ia hendak diadakan.

Kita perlu mengerti benar bahawa sebarang penyelewengan dari kaedah ini bererti penyelewengan terhadap konsep pembentukan masyarakat ulung semata-mata kerana kita hendak menghadapi teori-teori bikinan manusia yang lemah itu.

Sesungguhnya akidah Islamiyah itu hidup di dalam jiwa yang hidup dan di dalam organisasi yang praktikal. Hidup dalam menyusun masyarakat yang bergerak bergelumang dengan jahiliyah yang ada di sekelilingnya, seperti mana ia bergelumang dengan jahiliyah yang ada dalam diri anggotanya sendiri kerana mereka itu adalah dari golongan jahiliyah sebelum mereka diresapi oleh akidah Islamiyah – dan dengan gambaran ini mereka bergelumang dengan mengambil ruangan di hati dan fikiran dan kehidupan juga – yang mana ruangannya lebih besar, luas dan menyeluruh daripada ruangan yang digunakan oleh teori; dengan ertikata yang lain ia meliputi ruangan teori dan bahan kajian.

Sesungguhnya konsep Islam terhadap konsep ketuhanan, terhadap alam semesta ini, terhadap kehidupan dan manusia itu sendiri adalah merupakan suatu konsep yang menyeluruh dan sempurna, dan ia juga suatu konsep yang nyata lagi positif. Ia tidak suka dijadikan bahan kajian secara teori sahaja kerana ini berlawanan dengan tabiat dan tujuannya/ Ia suka supaya ia dijelmakan dalam diri manusia, dalam organisasi yang hidup dan dalam gerakan yang praktikal. Dan caranya dalam pembentukannya ialah bahawa ia berkembang melalui manusia organisasi yang hidup, gerakan yang praktikal sampailah ia sempurna dari segi teorinya di waktu yang sama ia sempurna dari segi praktiknya dan tidak berpisah dalam bentuk gambaran (theory) malah ia sentiasa menjelma dalam gambaran praktikal yang bergerak.

Setiap pertumbuhan yang berdasar kepada teori (teoritis) yang mendahului pertumbuhan yang praktikal yang tidak menjelma melaluinya di waktu sama adalah merupakan suatu kesilapan dan bahaya yang mengancam pembentukan jamaah Islam, berbanding kepada tabiat agama in, dan tujuannya serta cara susunannya.

Allah berfirman:

Maksudnya: dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau bacakan dia kepada manusia dengan lambat-tenang dan kami turunkan dia dengan-beransur-ansur. (Al-Israa: 106)

Turunnya Al-Quran secara dibahagi-bahagi dan beransur-ansur itu adalah suatu hal yang telah disengajakan dengan sesuatu maksud tertentu, dan suruhan membacanya kepada manusia dengan lambat tenang pun juga suatu hal yang sengaja telah diatur, supaya sempurnalah pembinaan dan penyusunan yang terdiri dari akidah, konsep dan organisasi yang hidup, bukan dalam gambaran teori.

Setiap penganut agama ini mestilah faham dengan baiknya bahawa oleh sebab pada hakikat Islam itu adalah agama yang bersumber daripada Allah SWT maka program dan cara melaksanakan kerjanya pun adalah sumber dari A1lah SWT dan sama sekali tidak boleh dipisahkan agama ini dengan program melaksanakan kerjanya, selaras dengan tabiat agama ini.

Mereka juga mesti faham bahawa agarna ini, sebagaimana ia datang untuk mengubah konsep kepercayaan dan kenyataan hidup, maka ia juga datang untuk merombak dasar iktikad dan kepercayaan masyarakat. Ia datang untuk membina akidah pada masa ia sedang membina umat. Kemudian diadakan suatu program pemikiran yang khusus tersendiri selaras dengan mengadakan konsep di bidang kepercayaan dan realiti hidup. Tiada pemisahan antara keduanya, kerana keduanya adalah satu sahaja. Bila sahaja kita mengenal program kerja seperti yang telah kita terangkan tadi, maka tahulah kita bahawa program ini adalah tetap dan bukan untuk sesuatu situasi, bukan untuk suatu keadaan khusus untuk perkembangan Jamaah Islamiyah yang pertama sahaja. Ia adalah program yang menjadi landasan agama di setiap masa.

Bukanlah tugas Islam untuk mengubah akidah dan kenyataan hidup sahaja; malah tugasnya lebih jauh dari itu, iaitu mengubah program dan dasar berfikir mereka dan juga dasar pandangan dan sikap mereka. Ini adalah justeru kerana Islam itu adalah satu program Ilahi, berlainan sama sekali dengan program manusia yang lemah dan cacat itu.

Kita tidak akan mampu sampai kepada konsep Islam yang berlandaskan ajaran ALLAH SWT kecuali bila kita sanggup melalui program berfikir yang digariskan oleh Allah SWT.

Seandainya kita inginkan supaya Islam itu menjadi suatu teori sahaja bagi dijadikan bahan kajian, maka berertilah kita hendak menyelewengkan Islam itu dari tabiat dan program ciptaan Tuhan sendiri dan menundukkan Islam itu di bawah program pemikiran ciptaan manusia seolah-olah kita cuba hendak menganggap bahawa program ciptaan Tuhan itu lebih rendah daripada program bikinan manusia dan seolah-olah kita hendak menaikkan taraf program Allah di dalam konsep dan aktiviti untuk diselaraskan dengan program hamba (manusia)!

Kalaulah sampai sebegini keadaannya, maka akibatnya terlalu buruk dan kehancurannya telah nyata.

Memang telah menjadi salah satu tugas program agama Allah SWT untuk memandu kita, sebagai pendakwah-pendakwah Islam, ke arah suatu sistem berfikir yang khusus akan menjauhkan kita daripada sisa-sisa pemikiran ala jahiliyah yang sedang menguasai dunia sekarang ini yang menekan fikiran kita dan meresap masuk ke dalam kebudayaan kita dan kalau kita inginkan supaya Islam mengambil agama ini dengan cara berfikir yang berasingan daripada hakikatnya yang mumi itu, iaitu dengan cara pemikiran jahiliyah yang sedang berpengaruh, maka bererti kita telah membatalkan tugas yang telah diutuskan untuk disampaikan kepada manusia dan mengecewakan diri kita dari mendapat peluang selamat daripada tekanan sistem jahiliyah yang sedang berkuasa dewasa ini dan peluang selamat dari sisa-sisanya di dalam otak dan diri kita sendiri. Dari segi ini bahayanya sangat besar dan kekecewaannya membawa maut.

Sesungguhnya program berfikir dan bergerak dalam pembinaan Islam itu tidak kurang nilai dan tidak kurang rnustahaknya daripada program akidah dan sistem hidupnya. Tiada pemisahan antara satu sama lain. Apa jua lintasan fikiran kita untuk mengemukakan konsep dan sistem ini dalam perkataan dan sebutan adalah wajib kepada kita supaya tidak hilang dari fikiran kita bahawasanya ini tidak akan melahirkan Islam yang sebenarnya di bumi ini dalam gambaran gerakan yang nyata: malah mesti tidak terpisah dari pemikiran kita bahawa tidak akan memberi faedah kepada kita mengemukakan Islam dengan cara ini (perkataan dan sebutan) melainkan orang-orang yang benar-benar menghayati gerakan kelslaman di dalam kenyataan; dan pencapaian maksima daripada mengemukakan Islam dengan cara ini (perkataan dan sebutan) tidak lebih daripada sekadar mana mereka menghayati gerakan itu.

Sekali lagi saya ulangi bahawasanya konsep iktikad wajib dijelmakan serta merta dalam gerakan organisasi dan organisasi itu pula hendaklah sekaligus merupakan penjelmaan yang sebenarnya dan garrbaran yang nyata dari konsep iktikad itu.

Saya ulangi sekali lagi dan sekali lagi saya ulangi bahawa inilah dia program semula jadi bagi Islam yang berlandaskan ajaran Ilahi. Ia adalah suatu sistem yang agung dan perkasa, lebih berkesan dan paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan daripada sistem-sistem yang direkabentuk oleh teori-teori yang dianggap sempurna dan bersendiri kemudian dikemukakan­nya dalam bentuk pemikiran yang kaku kepada manusia, sedangkan mereka itu belum lagi berkecimpung di dalam gerakan yang nyata; dan sebelum mereka itu merupakan pelaksana yang hidup yang sedang berkembang langkah demi langkah untuk menjelaskan teori-teori itu.

Jikalaulah perkara ini sudah pasti dalam asas teorinya, maka dengan sendirinya dia lebih pasti lagi dalam masa mengemukakan prinsip-prinsip sistem yang konon terjelma di dalamnya konsep Islam, atau pun mengemukakan perundangan yang terperinci untuk sistem ini.

Sesungguhnya suasana jahiliyah yang sedang melingkungi kita, sebagaimana ia telah menekan saraf banyak orang yang pada mulanya ikhlas dan jujur dalam menggerakkan dakwah Islamiyah, hingga menyebabkan mereka tergesa-gesa melangkaui peringkat program Islam; maka kerap kali ianya (sistem jahiliyah) meletakkan mereka (pendakwah) dalam keadaan serba salah, umpamanya mengemukakan pertanyaan seperti ini: Mana dia perincian program yang kalian dakwahkan? Apakah persediaan yang telah kalian buat untuk melaksanakannya? Adakah ia sudah dibuat melalui saluran kajian ilmiah? Dan adakah peraturan Islam selaras dengan peraturan yang kemas kini? Seolah-olah mereka beranggapan bahawa asas kelemahan bagi terlaksananya hukum-hukum Islam di zaman ini semata-mata berpunca dari hukum fiqah yang kurang lengkap dan tidak kemas kini dan seolah-olah mereka sendiri pula ikhlas dan rela menerima untuk menegakkan kekuasaan Allah bila sahaja terdapat para mujtahid yang sanggup membuat kajian dan rumusan selaras dengan perkembangan zaman moden ini dan rela menerima kekuasaan Allah dan mematuhi syariatNya tapi yang kurang lagi bahawa mereka tidak dapati para mujtahidin yang menyusun syariat dengan cara moden. Ini adalah suatu ejekan sinis yang mesti ditepis oleh setiap orang yang merasakan behawa agama ini mempunyai kehormatan!

Sesungguhnya jahiliyah tidak bertujuan lain dengan mengemukakan soalan yang menimbulkan serba salah ini selain daripada hendak mencari helah untuk menolak syariat Allah dan mengekalkan pengabdian antara sesama umat manusia dan bertujuan hendak memesongkan Jamaah Islamiyah dari sistem Ilahi dan bertujuan membawa mereka rela melangkaui tahap pembinaan akidah dan konsep gerakan, dan hendak menyekat sistem para pendakwah dari tabiatnya yang terjelma di dalam teori-teori di sarnping kerja-kerja harian mereka dan terjelma bayangan­-bayangan sistem di samping pelaksanaan, dan memperundangkan peraturan-peraturan untuk menghadapi kehidupan Islamiyah yang praktikal dengan problem-problem yang berlaku.

Dengan demikian maka adalah menjadi tugas para pendakwah Islam supaya jangan melayan putar belit ini, untuk menangkis penyusupan musuh Islam dan juga untuk menolak sebarang bisikan konsep dan pandangan hidup yang asing terhadap gerakan dan agarna mereka; dan adalah menjadi tugas suci mereka untuk tidak menganggap enteng kepada mereka yang tidak yakin.

Para pendakwah Islam juga berkewajipan membongkar segala jenis putar belit yang bertujuan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Mereka mestilah menolak sindiran yang sinis tadi dalam apa yang disebut orang “Pembaharuan Fiqah Islam” di dalam sebuah masyarakat yang tidak mahu tunduk kepada syariat Islam dan tidak mahu menolak syariat dan undang-undang yang lain daripada Islam. Adalah menjadi tanggungjawab mereka menolak percubaan yang bertujuan melengah-lengahkan kerja yang serius ini; melengahkannya dengan cara menabur benih di awang-awang­an, dan mereka juga hendaklah menolak penipuan yang buruk ini.

Mereka juga- mesti bertindak mengikut garis agama dalam menjalankan gerakan mereka kerana inilah rahsia kekuatan agama itu dan inilah juga punca kekuatan mereka sendiri.

Sesungguhnya “program”(sistem) Islam itu berdiri bersama-sama dengan “hakikat”. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Setiap program yang asing tidak akan mampu melaksanakan Islam di peringkat penyudahnya. Program-program yang asing itu hanya akan mampu melaksanakan program bikinan manusia sahaja. Ia tidak akan mampu melaksanakan program kita. Sesungguhnya berpegang teguh dengan program adalah satu hal yang mustahak seperti mana mustahaknya berpegang teguh kepada akidah itu sendiri dan seperti mana wajibnya berpegang dengan sistem dalam setiap gerakan Islamiyah.

Allah memberi jaminan dengan firman-Nya:

Ma121 ksudnya: Sesungguhnya AI-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus. (Al-Isra: 9)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: